Biodata

Sunday, May 14, 2017

Isu Perubahan Peranan Guru Dalam teknologi Pendidikan









Isu Perubahan dalam Peranan Guru dalam teknologi pendidikan. Peranan guru kian berubah dengan pertambahan dalam penggunaan teknologi dalam bilik darjah . Peranan guru  adalah menyampaikan maklumat , penyelaras resos pembelajaran ( menjadi fasilitator , pengurus dan penggerak membantu pelajar mencari dan memproses maklumat daripada pelbagai punca ). Guru juga menjadi pembimbing , bukan lagi sebagai penyampai di atas pentas . Kini , permintaan guru berkemahiran dalam komputer kian meningkat . Oleh itu , amat penting guru memiliki kemahiaran dalam bidang teknologi agar dapat memudahkan pelajar dan mengekalakan minat mereka dengan pelbagai jenis media pengajaran .

Esei Kumpulan


https://drive.google.com/open?id=0Bydd6AMk9H0iVjJYcUN2YlZqdDA

Tuesday, May 9, 2017

VIDEO KEMAHIRAN ASAS SUKAN SOFBOL (MEMUKUL, MEMBALING DAN MENANGKAP) - TUGASAN KUMPULAN

Video kemahiran asas dalam sukan sofbol.



BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) - BUKAN ELETRONIK


Bahan Bantu Mengajar

Bahan bantu mengajar ini adalah rekaan sepenuhnya oleh saya. Alat ini adalah untuk kegunaan guru atau jurulatih untuk sukan sofbol. Alata ini adalah bertujuan untuk latihan memukul bola sofbol.













KULIT BUKU

Berdasarkan pembelajaran yang dipelajari, inilah hasil kulit buku yang telah saya hasilkan


VIDEO YOUTUBE BERUNSUR HUMOR DALAM SUKAN

10 VIDEO YOUTUBE BERUNSUR HUMOR DALAM SUKAN
































Alat berteknologi dalam sukan dan rekreasi

10 alat berteknologi dalam sukan dan rekreasi
1. Mountain Bike Skiver Ortovok - Ini adalah peralatan atau produk untuk peminat aktiviti lasak. Basikal ini dicipta untuk memudahkan pengendaliannya. Dalam erti kata lain, basikal ini juga berfungsi sebagai pengangkutan di laluan berbukit berdasarkan ciri keselamatan yang dimilikinya seperti beg tangan depan dan belakang. Selain itu, basikal ini juga boleh menjadi beg galas dan berfungsi sebagaimana basikal berfungsi terutamanya ketika menaiki bukit atau menuruninya.
2. Sut Scuba -Produk atau teknologi ini design pembuatan berdasarkan klasifikasi yang mudah digunakan. Pembuatannya juga memberi peluang kepada orang cacat untuk mencuba meneroka alam bawah laut, iaitu kerusi roda atau wheel chair.
3. Goggle Ski dengan Paparan dan GPS Alatan ini mempunyai teknologi LCD mikro pada bahagian hadapan goggles. Hal ini membolehkan pengguna untuk melihat maklumat tentang kelajuan, ketinggian, jarak, suhu dan real-time koordinat GPS. Ketika memakai alatan ini, paparan akan kelihatan seolah-olah 6 kaki dihadapan pemakai. Selain itu, butang sarung tangan pada sisi alatan ini telah membuatkan penyesuaian dan menu navigasi yang mudah untuk pengguna.
4. Pakaian `Techfit` -Pasukan Inovasi Adidas memperkenalkan idea terkini konsep dan pakaian `TechFit` dengan `Powerweb yang membawa ke satu level baru. Selepas meneliti fizikal pemain dan ahli sukan yang menumpukan pada pergerakan otot-otot maka Pasukan Inovasi Adidas telah mengenal pasti dan menghasilkan pakaian yang paling sesuai untuk semua ahli sukan. Kaedah teknologi sendat dan melekat di tubuh (Compression) telah digunakan secara meluas untuk memperbaiki prestasi ahli sukan. Caranya mudah sahaja, pakaian itu perlu membungkus otot-otot dengan bahan yang sesuai. Bahan adidas TechFit dengan kuasa melekat lycra akan memberikan kebaikan bagi pengeluar pakaian utama ini. Sebagai tambahan, pakaian yang mengikut bentuk tubuh itu akan memberikan kebebasan secara maksima dalam setiap pergerakan dengan selesa.
5. HAWK-EYE - Sistem yg dibangunkan bersama oleh syarikat usahasama Jerman Denmark ini dikenali sebagai GoalRef. Sistem ini menggunakan medan magnet untuk mengesan sama ada bola telah melintasi garisan atau tidak. Tiga jalur magnetic diletakkan di antara tiub dan kulit luar. Apabila bola melintasi garisan gol, sensor di dalam tiang-tiang gol dan palang berupaya mengesannya. Sensor menghantar gelombang elektronik apabila bola melintasi garisan, dan komputer kemudian menghantar mesej kepada alat penerima yg dipakai oleh pegawai perlawanan dalam masa kurang daripada satu saat. Kos pemasangan harus lebih rendah daripada Hawkeye yg menggunakan kamera yg lebih mahal, tetapi tidak bermakna sistem ini murah. Masalah utama sistem ini adalah untuk mendapat persetujuan pembuat- pembuat bola sepak seperti Nike & Adidas untuk memasang jalur-jalur magnetik dalam bola mereka.
6.Coolstuff - Antara berita paling inspirational minggu lalu ialah kemenangan bekas pemandu kereta F1 Alessandro Zanardi (45) di dalam acara lumba basikal H4 Sukan Paralimpik London. Zannardi kehilangan kedau-dua belah kaki beliau pada tahun 2001 apabila kereta beliau dirempuh di dalam kemalangan Champ Car pada kelajuan 350 kilometer sejam. Kereta yang dipandu Alex Tagliani merempuh ruang kokpit Zanardi dan memancung kedua-dua belah kaki beliau serta merta. Zanardi hampir meningal dunia akibat kehilangan darah yang banyak tetapi beliau berpantang maut sebelum ajal. Setahun selepas kemalangan itu beliau kembali berlumba dengan menggunakan kaki palsu. Beliau terus berlumba di dalam acara kereta sehingga bersara pada tahun 2009. Selepas bersara beliau menumpukan seluruh tenaga beliau ke pada sukan lumba basikal orang kurang upaya. Kemenangan beliau pada usia 45 tahun membuatkan orang cukup upaya seperti kami di Blogserius rasa seperti bloody wasters
7. GOAL REF -Sistem yg dibangunkan bersama oleh syarikat usahasama Jerman Denmark ini dikenali sebagai GoalRef. Sistem ini menggunakan medan magnet untuk mengesan sama ada bola telah melintasi garisan atau tidak. Tiga jalur magnetic diletakkan di antara tiub dan kulit luar. Apabila bola melintasi garisan gol, sensor di dalam tiang-tiang gol dan palang berupaya mengesannya. Sensor menghantar gelombang elektronik apabila bola melintasi garisan, dan komputer kemudian menghantar mesej kepada alat penerima yg dipakai oleh pegawai perlawanan dalam masa kurang daripada satu saat. Kos pemasangan harus lebih rendah daripada Hawkeye yg menggunakan kamera yg lebih mahal, tetapi tidak bermakna sistem ini murah. Masalah utama sistem ini adalah untuk mendapat persetujuan pembuat- pembuat bola sepak seperti Nike & Adidas untuk memasang jalur-jalur magnetik dalam bola mereka.
8. NeuroSky Produk, yang akan dibina dan dijual oleh Jepun B-Bridge International, menunjukkan bahawa teknologi minda NeuroSky - yang telah diuji dalam produk industri mainan - terus memberi inspirasi kepada pembuat produk untuk penggunaan baru yang inovatif.
9. Basikal inovatif yang fleksibel -Ciclotte menawarkan basikal yang sempurna untuk sesi sukan yang ultima. Dicipta oleh pereka Milan, Luca Schiepati, basikal senaman ini dapat menggulingkan semua norma reka bentuk untuk peralatan sukan. Versi terbaru ini dibuat daripada besi, dan karbon juga disediakan sebagai alternative. Basikal ini ditambah dengan aksesori yang membolehkan penunggang menonton filem dengan tablet semasa sesi latihan.
10. Pakaian aktiviti luaran yang tahan lasak - Pakaian ini telah menggunakan bahan yang kalis air, debu dan dapat member perlindungan kepada pengguna, terutamanya kepada pendaki gunung. Pakaian ini menyediakan kemudahan pengawalan suhu, di mana haba dapat disimpan dan dibebaskan ketika keadaan semakin dingin di puncak gunung. Di samping itu, pakaian ini juga dikatakan dapat melindungi pengguna daripada ancaman kuman kerana ia tidak memberi peluang kepada kuman untuk “hinggap” di permukaan.